Friday, February 20, 2009

Majlis Merisik : Kak Ija

TARIKH : 9 FEB 2009
TEMPAT : KELANA JAYA

Pada hari ni, ade yang datang merisik kak ija.. bila dah bincang2 tuh akhirnya dah diputuskan..

TARIKH TUNANG : 15 MAC 2009
TEMA : PINK
(uweekk.. PINK!!! dik nape la ko minat sangat dgn pink, x phm aku)
Hantaran : rm8000
BAKAL TUNANG : ZULKEFLI (ore kelate)
TARIKH NIKAH : BELUM DITETAPKAN LAGI (mayb end of this year)
Bibik yang di import dari filipina..
asal muka nampak lain haa.... mcm makin tembam(mmg la baru sedar ke.. hehehhee)

Sengih sampai ke telinga...

Mak Yong selaku juru make up pada hari tu... siap turunkan tips2 lagi...

Bibik filipina yang over, dia plak yang pi memerap kat bilik (sajer tak nak tolong kat dapur arr tuh)

dan lagi....
Mak Mok (paksu yang gelar) and Mak yong


Thanx a lot Mak Lang, kalu tak de maklang ari tu, kelam kabut gak jadinya...

Antara tetamu yang hadir...


Makcik tu teringat zaman2 orang merisik dia dulu.. hehehehe
____________________________________________________________
Thanx alot pada sesaper yang terlibat aritu.. paklong, maklong, mak lang, paklang, auntie neng, pakcik udin and paksu...Nanti 2 minggu sebelum hari tunang tu, akan diadakan hi tea kat umah pak ngah.. tarikhnya akan didi bagitahu nanti... Pada aritu kita satu family nak bincang la pasal tugas2 yang nak kena buat sebelum ari tersebut...
14 mac plak hope semua dapat kumpul kat penchala.. pasal nak tulun maklong masak... mcm hantaran semua.. insya allah didi akan buat.. setakat ni dah buat dah sikit2..
Petang tu ader gak la meeting sikit dengan mamak2 yang ader...
Bawah ni ader list dia...
______________________________________
HANTARAN (yg nak bagi kat pihak lelaki)
1. SIREH JUNJUNG
2. KEK / PULUT KUNING
3. BUNGA RAMPAI
4. BUAH
5. PUDING
6. KAIN BAJU MELAYU (untuk nikah nanti)
7. COKLAT
8.JADAH
9. BAJU KEMEJA
p/S : sebarang perubahan tertakluk pada tuan empunya diri.
_____________________________
LAUK (masa ari bertunang tuh)
1. AYAM GORENG BEREMPAH
2. KARI IKAN/GULAI
3. SAYUR CAMPUR
4. SAMBAL BELACAN
5. IKAN MASIN
_________________
DESSERT
1. DADIH
2. BUAH
3. KUIH
_________________
AIR
1. SEJUK (SIRAP/OREN)
2. PANAS (TEH O)
_____________________
....TUGAS...
Ayam Goreng (Supervisor Pakcik Udin)
Air (Supervisor Pakcik Udin)
Masak (Supervisor Maklong/Maklang)
Khemah (Paksu .. hehhhe)
Pinggang Mangkuk (Perozzz)
Pengangkutan (Pakcik Glam)
Mak Andam (Auntie Gayah/Auntie Neng/ Fara)
--
p/s : pada sesaper yang nak menyumbangkan idea or tenaga amatlah dialu2kan...
maklum arr, ni first ceremony dalam family ajis... so bantuan dan pendapat tu mmg amat sangat dialu2kan...kalu ader yang nak kasi idea untuk hantaran pun.. dialu2kan.. mana tahu ader idea yang lagi baik.. so sementara boleh ubah ni.. boleh arr kita ubah walaupun tak terbaik mana, asalkan kita mencuba.. :D
--
PERHATIAN : KUIH SIPUT YANG PAKCIK UDIN KATA DIA BUAT TU SEBENARNYA TIPU, DIDI DAH TANYA KAT DILA, DILA KATA KUIT SIPUT TUH KAWAN DIA YANG KASI.. PAKCIK UDIN KEJAMM...!!!!



0 comments: